SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI SAINS, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BERITA TERKINI

SEMINAR KEBANGSAAN TEKNOLOGI MAKMAL
(SKETMA KE 10)
"Kecemerlangan Makmal Pemacu Transformasi Penyelidikan dan Inovasi Bertaraf Dunia"
 

Tarikh:
29 Mei – 1 Jun 2011

download:
CONTOH KERTAS KERJA PENUH

 

1.   Pengenalan

Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA. SKETMA ini telah dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1993 oleh  Universiti Putra Malaysia dan ianya dianjurkan secara bergilir-gilir oleh IPTA di Malaysia.  Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-9 di UTM, Skudai yang dianjurkan pada 7-10 Jun 2009, telah memberi mandat kepada Universiti Putra Malaysia untuk menjadi penganjur SKETMA ke-10. Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Kebangsaan (SKETMA) merupakan landasan bagi pegawai kumpulan sokongan yang terdiri daripada pegawai makmal IPTA, agensi kerajaan dan swasta berkongsi maklumat, kepakaran dan jaringan kerjasama  dalam satu persidangan di peringkat kebangsaan. Dalam persidangan ini ahli-ahli akan membentangkan kertas kerja berkaitan dengan bidang tugas dan kepakaran mereka yang selama ini berada di belakang para penyelidik dan pensyarah dalam menjalankan penyelidikan. Di samping itu seminar ini juga terbuka kepada penyelidik, pensyarah, pegawai sains dan lain-lain pegawai dari IPTA, IPTS dan  agensi agensi luar  yang berkaitan untuk membentangkan kertas kerja berdasarkan skop yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur.

 

2.   Objektif

·        Menyerlahkan potensi diri, kepakaran dan pengalaman pegawai yang bertugas di makmal.

·        Menyediakan landasan untuk perkongsian maklumat, kepakaran, pengalaman, sahsiah diri dan profesionalisma dengan pembentangan kertas kerja teknikal dan penyelidikan.

·        Meningkatkan kefahaman kaedah penyelidikan dan kepentingan kerja makmal di universiti-universiti.

·        Mempertingkatkan tahap profesionalisma kerjaya pegawai makmal secara langsung dan tidak langsung.

·        Menjalinkan hubungan kepakaran, memupuk kerjasama dan bertukar pengalaman mengenai teknologi makmal.

 

3.   Tema

Tema Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-10 (SKETMA 10) adalah: “Kecemerlangan Makmal Pemacu Transformasi Penyelidikan dan Inovasi Bertaraf Dunia”.

  

4.   Tarikh dan Tempat Pelaksanaan

Cadangan tarikh pelaksanaan SKETMA ke-10 adalah pada: 29/5/2011 – 1/6/2011 bertempat di Dewan Seminar Fakulti Kejuruteraan, UPM.

  

5.   Perasmian Pembukaan dan Penutup

Perasmian akan disempurnakan oleh YB. Menteri Pengajian Tinggi, Malaysia dan majlis penutup disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri, Datuk Dr. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

6.   Peserta

   Terbuka kepada semua kakitangan makmal  universiti  terutama 6 universiti utama dan swasta serta dari agensi-agensi seperti SIRIM, MARDI, Agensi Nuklear Malaysia dan lain lain Institusi. Sila hantar kertas kerja penuh ke email sketma10@yahoo.com  .

7.   Jawatankuasa Penganjur dan Tentatif Program

JAWATANKUASA PENGANJUR SKETMA KE-10

  1. Penaung:
    Y. Bhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Naib Canselor
  2. Penasihat: 
    Y. Bhg. Dekan Fakulti Sains
    Y. Berusaha Presiden KEPERTAMA
  3. Editor Kertas Kerja: 
    Prof. Dr. Dzulkifly Kuang Abdullah

    Dr. Muskhazli Mustafa
  4. Pengarah:
    Encik Zainal Abidin Bahari
    Presiden Persatuan Penolong Pegawai Sains
  5. Timb. Pengarah:
    Encik Mohamad Yaacob
    Naib Presiden Persatuan Penolong Pegawai Sains
  6. Setiausaha:                       
    Cik. Norhafiza Abd. Razak
    Pen. Setiausaha Kehormat Persatuan Penolong Pegawai Sains
  7. Pen.Setiausaha:
    Cik Shamaladewi a/p Subramaniam
    Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

    Puan. Hjh. Ummi Kalthu Asmaon
    Fakulti Pertanian
  8. Bendahari:      
    Encik Amran Suratman
    Bendahari Persatuan Penolong Pegawai Sains
  9. Pen. Bendahari:         
    Tuan. Hj. Abd. Aziz Abdullah
    Fakulti Pertanian
  10. Ahli Jawatankuasa Pelaksana:    
    Ahli Jawatankuasa Persatuan Penolong Pegawai Sains

 

 

TENTATIF PROGRAM

29 Mei 2011 (Ahad)

1400 – 1900: Pendaftaran Peserta SKETMA KE-10

30 Mei 2011 (Isnin)

0830           Peserta Mengambil Tempat

0900           Ucapan Pengarah SKETMA KE-10

                            Ucapan Y. Bhg. Prof. Tan Sri, Datuk Naib Canselor

                            Ucapan Perasmian Y.B. Menteri Pengajian Tinggi

 

1015           Penyampaian Cenderahati  & Sesi Bergambar
         

         1030
            Minum Pagi

1100           Ucaptama I oleh Y.Bhg. Prof Dato’ Dr. TNC (P&I)

1145           Pembentangan Kertas Kerja

1300           Makan Tengahari & Solat

1400           Pembentangan Kertas Kerja

1700           Minum Petang dan bersurai

 

31 Mei 2011 (Selasa)

0830          Ucaptama II oleh Ketua Pengarah Institut Intergriti
                           Malaysia

0915          Pembentangan Kertas Kerja

1030          Minum pagi

1100          Pembentangan Kertas Kerja

1300          Makan Tengahari & Solat

1400          Sesi Lawatan

2000          Makan Malam Rasmi
                           Tetamu Kehormat
                           Y. Bhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Naib Canselor

 

1 Jun 2011 (Rabu)

         

          0830         Forum “ Cabaran Makmal Masa Kini”

          1045         Rumusan Seminar

          1145         Majlis Penutup

          1300         Makan Tengahari  & Solat

1400         Bersurai

 

 

“PPS Cemerlang KEPERTAMA Gemilang UPM Terbilang”

 


SEMINAR KEBANGSAAN TEKNOLOGI MAKMAL SKETMA KE 10 "Kecemerlangan Makmal Pemacu Transformasi Penyelidikan dan Inovasi Bertaraf Dunia"

Tarikh:
29 Mei – 1 Jun 2011


info lanjut sila ke:  SKETMA KE 10

download
BORANG SEMINAR SKETMA-10



 



AGENSI KERAJAAN

Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Jabatan Alam Sekitar

INSTITUSI TEMPATAN

UPM
UKM
UM
USM
UiTM
UUM
UNIMAS
UMS
UIAM
UDIM
UPSI
UTM
USIM
UMT
UTeM
UTHM
UNIMAP
UMP
UMK
UPNM

BADAN BUKAN KERAJAAN

Persatuan Pencinta Alam Malaysia
Sahabat Alam Malaysia

ORGANISASI DUNIA

IUFRO
ITTO
APAFRI



UTAMA    CARTA ORGANISASI    GALERI AKTIVITI    ARKIB    HUBUNGI KAMI

Copyright © 2010 Persatuan Penolong Pegawai Sains, UPM. All rights reserved.
Design by Fendi Design Centre. Development by One Infinity Resources