Assalamualaikom
warahmatullahi wabarohkahtuh,
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Ahli-ahli
Persatuan PPSUPM yang saya muliakan,
Terlebih
dahulu marilah kita bersyukur kehadrat Allahi kerana dengan limpah kurnia dan
kerahmatanNya kita masih berada disini pada hari ini. Kita juga bersyukur
kerana kita masih berkesempatan berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubarak pada
tahun ini. Bersua kita sekali lagi dengan wajah baharu dan jenama baharu iaitu
Persatuan Penolong Pegawai Sains singkatannya PPSUPM tidak ada lagi MUALA atau
PJMUPM.
Kesempatan
ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua kerana masih
menyokong perjuangan PPSUPM, kursus peralihan pembantu makmal telah memasuki
fasa ke lima dan tawaran kenaikan jawatan gred C27 baru baru ini telah
bertambah bilangan jawatan tersebut di UPM, kita rasa bersyukur kerana pihak
pengurusan Universiti Putra Malaysia bagitu peka dan mengambil berat kenaikan
pangkat kakitangan makmal. Baru baru ni bahagian perjawatan telah mengiklan
pengambilan jawatan gred C32, Kita juga ingin tahu secara mana jawatan tersebut
akan diedarkan, adakah mengikut bilangan fakulti. Di harapkan juga bahagian
perjawatan dapat mempercepatkan proses ini kerana ada IPTA yang telah mempunyai
bilangan C32 yang ramai terutamanya UM.
Saudara
dan saudari, bagi yang belum mendapat kenaikan gred C27 diharap bersabar dan
berdoa serta teruskan usaha dan kerja hakiki anda, saya faham perasaan anda
yang masih menanti jawatan tersebut berilah peluang kepada pihak persatuan berbincang
dengan KEPERTAMA untuk menyelesaikannya. Tidak perlulah kita mendapat kenaikan
gred jika universiti mengenali diri dan intergriti kita yang perlu
diperbetulkan lagi, kita serahkan sahaja kepada Tuan Pendaftar yang bijaksana dan
berintergriti menilai siapa yang layak mendapat kenaikan gred atau jawatan. Pada
tahun ini kita akan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri tarikhnya
akan kita umumkan dan juga sesi
perjumpaan dengan ahli ahli di peringkat fakulti dan institut nanti,
InsyaAllah. Sekian terima kasih